Rabu, 8 April 2009

KEMAHIRAN ABAD 21

Masyarakat kita mengalami transformasi yang sangat cepat dan ini telah memberi impak kepada proses pembelajaran generasi moden. Dunia pendidikan juga terpaksa bertransformasi. Guru sangat memainkan peranan yang penting dalam transformasi ini. Kompetensi pedagogi dan keterampilan memindahkan pengetahuan mengalami perubahan yang menyeluruh. Misalnya guru-guru bestari dituntut untuk mampu men-delevery topik pembelajaran dalam bentuk animasi,filem,video,games, multimedia yang interaktif, menarik dan berkualiti. Membentuk atau menghasilkan buku-buku latihan dan teks yang menarik dan mudah difahami, sama sepertimana buku teks pendidikan Islam sendiri dimuatkan link atau web yang boleh menambah pengetahuan pelajar melalui akses internet. Guru juga dicadangkan dan digalakkan supaya membentuk atau menjadikan kandungan pembelajaran dalam bentuk buku-buku elektronik (e-book) yang dapat diakses oleh pelajar secara online selama 24 jam. Oleh yang demikian,pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kualiti guru-guru (upgrade) dari pelbagai aspek seperti pengetahuan dan keterampilan guru. Secara kesimpulannya terdapat dua perkara penting yang merupakan transformasi yang perlu dihadapi oleh guru abad 21 ialah:
(a) kemampuan guru-guru dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran, (b) kemampuan para pendidik menerapkan nilai-nilai kehidupan (living values) dalam diri setiap pelajar . Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan